batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: 01112551590

Home Top Ad

Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, pe...

Tahap kesuburan Lelaki

Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, penyakit yang boleh mengancam kesuburan seperti penyakit kelamin dan pelbagai perkara lain, termasuk kecederaan dan kemalangan membabitkan anggota kelamin.

Jika anda menjalani ujian tahap kesuburan sebelum kahwin, berkemungkinan ia boleh berubah selepas anda berkahwin. Yang penting, anda perlu mengenali ciri-ciri kesuburan. Jika anda lelaki, perkara utama ialah mempunyai anggota kelamin yang normal iaitu mempunyai sepasang buah zakar yang normal dan dapat menghasilkan sperma mencukupi, sperma aktif dan normal.

Mempunyai salur sperma dan semua organ anggota reproduktif dalaman yang normal, seperti pundi epidemis, pundi prostat, pundi seminal dan pundi Cowpers (normal), anggota kelamin yang boleh mencapai ereksi secara mantap, padat dan mampu melakukan penetrasi faraj perempuan, sekali gus dapat menyalurkan sperma dalam faraj.

Namun jika masih hendak tahu tahap kemampuan menghasilkan sperma, anda boleh menjalani ujian air mani. Cara mengeluarkan sampel air mani ialah melalui onani iaitu mengurut zakar sehingga mencapai ejakulasi air mani.

Sampel air mani hendaklah dihantar ke makmal secepat mungkin, iaitu tidak lebih dari sejam. Jika ada sperma dalam air mani, ini petanda anda tidak mandul.

Profil sperma normal ialah mempunyai isi padu air mani tidak kurang daripada dua mililiter (ml). Jika kurang, mungkin pengambilannya tidak sempurna dan perlu diulangi lagi sekali selepas seminggu. Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20 juta sperma.

Peratusan sperma yang aktif tidak kurang daripada 40 peratus dan peratusan sperma berbentuk normal tidak kurang daripada 30 peratus. Anda perlu tahu profil sperma boleh berubah secara positif atau sebaliknya.

Adakalanya, masalah sukar hamil dikalangan mereka yang sudah lama berkahwin bukan sahaja berpunca dari isteri, malah ia juga boleh disebabkan dari suami. Sangat disarankan untuk pasangan suami isteri berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui status kesihatan dan kesuburan.

Disini saya kongsikan dengan anda info mengenai pentingnya kualiti dan kuantiti sperma

Kurang sperma punca ketidaksuburan lelaki?

Kurang sperma juga dikenali sebagai "ioligospermia" (air mani dalam keadaan cair). Salah satu punca ketidaksuburan lelaki adalah dimana air mani semasa ejakulasi mengandungi jumlah yang kurang dari biasa.

Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter.

Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, sekurang-kurangnya 50 % sperma yang mampu bergerak aktif.

Simptom si suami kekurangan sperma dapat dilihat apabila adanya masalah dalam hubungan seksual seperti kurang nafsu atau ejakulasi pramatang. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.


0 comentários: